eKelas Usahawan – Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital
5 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari 2026 telah diadakan Program eKelas Usahawan bertajuk Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital yang dilaksanakan secara dalam talian. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah mengurus strategi pemasaran digital secara lebih sistematik serta teknik menilai tahap keberkesanan promosi yang dijalankan melalui pelbagai platform media sosial.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan penggunaan alat analitik, kaedah mengenal pasti sasaran pelanggan, serta teknik menambah baik kandungan pemasaran bagi meningkatkan capaian dan jualan. Penganjuran program ini diharap dapat membantu usahawan memperkukuh kemahiran digital dan mengoptimumkan penggunaan platform dalam talian untuk perkembangan perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: